BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 4 October 2012

LAWATAN KE DKAWI CHOCOLATE

Assalamualaikum w.b.t.....

Syukur alhamdulillah, untuk hari ini, selesai sudah satu projek akhir untuk dua kursus iaitu KEMAHIRAN GENERIK dan PENGURUSAN PEMASARAN....
Untuk tindakan seterusnya adalah menyiapkan laporan bagi lawatan tersebut...
Diharap, pensyarah bagi kursus tersebut berpuas hati dengan hasil kerja kami nanti...

Terima kasih juga untuk pengurus DKAWI Chocolate, En.Shahrin a.k.a Along, kerana sudi menerima kami untuk menemuramah beliau, tentang syarikat yang telah diwarisi oleh beliau..

Terima kasih yang tak terucap untuk Puan Azrul Nizah yang telah bagi kami berempat tumpang keta, best naik keta baru.. hehehhe.. 

Untuk kawan kelas semua, kerjasama dan komitmen yang kalian berikan amatlah dihargai, semoga pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dapat digunakan untuk masa yang akan datang...