BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 24 April 2013

~KEHIDUPAN~

syukur alhamdulillah sehingga ke hari ini, au masih diberikan peluang dan diberikan oksigen untuk bernafas dan bergerak untuk melihat keindahan ciptaanMu Ya ALLAH.

alhamdulillah 13/05/2013 sy dah selamat lapor diri, masuk keja walaupun hanya swasta tapi xmenganggur lama.. tapi..bisnes tetap jalan walaupun dah bekerja.

dengan berbekalkan kemahiran, minat, kesabaran yang tinggi, aku berjaya menghasilkan kraftangan hasil titik peluh aku sendiri, 

seandainya arwah mama ada, mesti die berbangga dengan kami adik beradik, kerana mewarisi hobinya yang suka menjahit dan jadi anak2 yang pandai berdikari walaupun tanpa ibu, 


untuk along, terima kasih y tak terhingga kerana berkorban demi adik2, jasamu tidak mampu untuk ku balas dengan wang ringgit, terima kasih kerana tidak mengabaikan adik2mu,

untuk ibu saudaraku juga, SUHAIDA ISMAIL, bapa saudra AZLEE MOHAMED, nenek tersayang HJH ROKIAH MAMAT, kaulah benteng hidup ku, ketika jatuh bangunku

bapa saudara MOHD SALAHUDDIN ISMAIL, bukan ku benci dgn dirimu cm kubenci dgn perangai yang menguasai mu, ayahngah mengajar aku untuk tidak bergantung padanya, untuk terus berdiri diatas kaki sendiri,

kejayaan aku hari ini adalah dari kebangkitan kata2 hinamu semalam..

Sunday 17 March 2013

HARI JUBAH 13/3/13

Syukur alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya dapatlah kita sama-sama menjayakan majlis yang penuh keberkatan itu,

ku bersyukur padamu Ya ALLAH kerana diberikan kesihatan yang baik untuk berdiri disini, menerima segulung diploma, setelah 1tahun 6bulan bertungkus lumus, penat lelah di PTSS,

terima kasih yang tak terhingga kepada Ahli keluargaku terutamanya nadi2 utama, abg saya, ibu saudara sekeluarga, nenek saya, dan insan istimewa dihati selamanya, terima kasih yang xterucap atas segala pengorbanan selama ini.

kepada kawan-kawan yang sama-sama berjaya dan berjuang untuk mendapatkan segulung diploma, tahniah untuk kalian semua...

kepada semua pensyarah jabatan perdagangan yang pernah mengajar budak-nudak QPM tu terima kasih atas segalan pengorbananmu dan jasa-jasamu akan kami kenangan sehingga ke hujung nyawa. huhuhuhu

kenangan yang terukir itu akan terpahat dihatiku selamanya. setiap kenangan tidak kan sama, untuk mengulanginya pun tidak mungkin akan diputarkan kembali.


Friday 28 December 2012

ALHAMDULILLAH

Ku bersyukur ke hadrat ilahi segala nya telah berjalan dengan baik,
Keputusan peperiksaan yang memuaskan...
Segalanya telah tamat utk seketika...
Mungkin di hari akan datang akan ku ukir kenangan yang baru,
Untuk mengisi kehidupan yang masih ada ini....

Friday 16 November 2012

~DEMAM FINAL EXAM~

untuk semua sahabat yang berada di PTSS, semoga berjaya dalam final exam nanti,
jangan lupa berdoa, selain dari ulangkaji,
jangan stdy hard, but study smart.
jangan tido lambat,
semua jangan yang xelok untuk korang masuk exam nanti,
Sama-sama lah kita mengecapi kejayaan itu..
GOOD LUCK TO QPM 6

Thursday 4 October 2012

LAWATAN KE DKAWI CHOCOLATE

Assalamualaikum w.b.t.....

Syukur alhamdulillah, untuk hari ini, selesai sudah satu projek akhir untuk dua kursus iaitu KEMAHIRAN GENERIK dan PENGURUSAN PEMASARAN....
Untuk tindakan seterusnya adalah menyiapkan laporan bagi lawatan tersebut...
Diharap, pensyarah bagi kursus tersebut berpuas hati dengan hasil kerja kami nanti...

Terima kasih juga untuk pengurus DKAWI Chocolate, En.Shahrin a.k.a Along, kerana sudi menerima kami untuk menemuramah beliau, tentang syarikat yang telah diwarisi oleh beliau..

Terima kasih yang tak terucap untuk Puan Azrul Nizah yang telah bagi kami berempat tumpang keta, best naik keta baru.. hehehhe.. 

Untuk kawan kelas semua, kerjasama dan komitmen yang kalian berikan amatlah dihargai, semoga pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dapat digunakan untuk masa yang akan datang...


Sunday 30 September 2012

Menuju kejayaan

Bila semua kerja ni dah siap...
hati pun akan terasa lapang....
Cuma, dengan harapan segalanya akan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang...

Inilah yangku cari selama ini...
Untuk Ibu, keluarga dan orang tersayang...
Untuk semua rakan sepejuangan...
GUD LUCK, DO THE BEST......
Caiyokkkk3

Sunday 23 September 2012

~ MELAKAR RINDU ~

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kaulah segalanya madah digubah
Ketika cinta masih didada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini 
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Kaulah segalanya madah digubah
Ketika cinta masih didada
Punahlah jua kini akhirnya

< Kasih sayangku,rinduku,cintaku padamu Duhai Ibu, sehingga keakhirat >
<< Aku merinduimu duhai ibu.. al-fatihah >>